PELAKON Mawar Rashid memberitahu hatinya pernah terdetik untuk menghilangkan diri dari dunia seni ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga sebelum ini.
Kata Mawar atau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, idea tersebut timbul kerana mahukan ruang bersendirian selepas mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.
“Jujur saya katakan saya pernah terfikir untuk hilangkan diri dari industri hiburan dan media sosial. Ketika itu saya perlukan masa untuk diri sendiri sahaja.
Mawar pernah melalui fasa sukar selepas bercerai.