ANAK kepada penyanyi Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan tumbang semasa berada di atas pentas untuk melakukan persembahan di Grand Finale Talk To My Manager yang berlangsung pada malam Ahad.
Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Amad, 13, kemudian diangkat oleh pengurus pentas dan diiringi bapa tirinya untuk dibawa ke belakang pentas.
Kejadian itu membuatkan ibunya cemas dan hampir menitiskan air mata sambil ditemani beberapa rakan manager lain.

Amad pengsan sebelum mulakan persembahan.





