PENYANYI rap Altimet menawarkan diri untuk membantu pasukan kelab bola sepak Selangor FC membayar denda susulan dikenakan tindakan susulan menarik diri dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.
Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 46, berkata, dia akan menyumbangkan separuh daripada hasil kutipan royalti harta intelek miliknya tahun ini bagi membantu pasukan berkenaan membayar denda.
“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu membayar denda tersebut sekiranya pihak Selangor FC sudi,” katanya.
Altimet sanggup memberikan separuh daripada kutipan royalti miliknya.