MENERIMA sokongan luar biasa selepas kejayaan dalam program realiti Big Stage, anggota kumpulan Alpha, Afiq Sky mendedahkan mereka belum pernah berdepan dengan peminat yang terlalu fanatik sehingga sukar dikawal.
Namun, pengalaman lucu dan mengejutkan yang dialami Afiq atau Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli, 19, apabila jiran sebelah rumahnya sendiri merupakan peminat tegar Alpha.
“Setakat ini Alhamdulillah tidak pula kami berjumpa dengan peminat yang terlalu fanatik sehingga tidak boleh dikawal. Tiada yang berlebihan.

Alpha semakin dikenali ramai.






