USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak menafikan dia menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meskipun menyedari kedudukan penyanyi itu berada pada tahap yang sangat tinggi dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Aliff, atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, sebagai tanda penghargaan dan rasa hormat, dia sebelum ini pernah menghadiahkan beberapa barangan kepada Siti tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Sebenarnya saya memang ada berhasrat untuk bekerjasama dengan Siti Nurhaliza. Cuma orang kata, kita ini insan kerdil.

Aliff pasang impian bekerjasama dengan Siti.






