SUDAH lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan sebuah drama pendek berjudul ‘Abah Aku Jaga’ dalam masa terdekat.
Aliff, 39, berkata karya itu dihasilkan sebagai refleksi diri selain mengenang kembali sikap biadab terhadap arwah bapanya, Kamarzaman yang masih segar dalam ingatan sehingga kini.
"Ada satu babak seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal. Anak itu marah dan malu kerana menganggap pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan memalukan.

Drama pendek Aliff penuh dengan kisah emosi.

Rancang hasilkan filem kisah cinta bersama isteri.



