PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status dirinya ketika ini kerana tidak mahu membuka ruang kepada pelbagai spekulasi yang boleh mengundang lebih banyak perbincangan.
Menurut Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 35, fokus utamanya kini adalah membina semula kerjaya seni dan menyerahkan soal peribadi termasuk jodoh sepenuhnya kepada ketentuan Allah.
"Saya tidak mengiyakan atau menidakkan (status diri). Bukan apa kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu perbincangan.







