SELEPAS hampir empat tahun berdepan cacian dan tohmahan orang ramai, Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila bakatnya sebagai pelawak masih lagi diterima baik.
Disebabkan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya fokus pada kegembiraan dirasai ketika ini selepas melalui pelbagai episod sedih dalam karier dan peribadi.
Malah pelawak ini berterima kasih kepada isteri, Melati Fitri Abdullah yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua situasi.

Ali tak lupa hargai setiap pengorbanan isteri.







