KEADAAN kesihatan penyanyi Amad dilaporkan baik selepas kejadian dia kelihatan lemah ketika di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad.
Berkongsi berita itu, bapa tiri kepada Amad yang dikenali sebagai Idan bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut apabila ditanya tentang rawatan susulan yang perlu dilakukan.
“Apa yang boleh saya komen tentang Amad hanyalah Alhamdulillah sahaja,” ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Amad ketika berduet dengan Nadeera.





