Hiburan

Album bukti penyanyi serius dalam kerjaya, Julfekar kata jangan bergantung satu lagu sahaja

KOMPOSER Julfekar tampil berkongsi pendapat mengenai kepentingan penghasilan sebuah album bagi seseorang penyanyi dalam menentukan hala tuju perjalanan seni mereka.

Bagi Julfekar, 64, penghasilan album bukan sahaja membuktikan kesungguhan seseorang bergelar penyanyi, malah mampu menunjukkan kematangan serta kualiti vokal menerusi rangkaian lagu yang dihasilkan.

“Album memberi nilai yang lebih tinggi kepada kerjaya artis. Ia menunjukkan bahawa artis tersebut bukan sekadar mencuba nasib dengan satu lagu, tetapi benar-benar serius membina kerjaya jangka panjang.

Julfekar yakin penghasilan album mampu mengukuhkan nama seorang penyanyi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh