PENYANYI Datuk M Nasir sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya yang dijangka akan menemui peminat pada penghujung tahun ini.
M Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed, 66, berkata, karya terbaharunya itu mengambil tempoh lama untuk disiapkan kerana tidak mendapat inspirasi selain mengambil kira perubahan muzik semasa.
“Saya sedang dalam proses pembikinan album baru tapi belum siap lagi. Saya harap album ini akan siap pada penghujung tahun ini selepas mengambil masa empat tahun mencari inspirasi.