PENYANYI Sharul Kamal terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor akibat jangkitan kuman pada bahagian peti suara.
Menurut Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, dia mula mendapatkan rawatan sejak Isnin lalu selepas mengalami batuk berpanjangan.
“Saya batuk sudah hampir dua minggu, tetapi tak dapat buat pemeriksaan awal sebab jadual kerja yang padat.
Sharul bimbang masalah kesihatan yang dialami menjadi lebih teruk.