PENYANYI Didi Astillah mendapat kejutan apabila dilamar kekasihnya, Diniey Ng sempena sambutan tahun baharu 2026.
Menerusi video yang dikongsi, Diniey dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika acara konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.
Meluahkan rasa gembira, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyifatkan momen istimewa itu sebagai permulaan baharu untuk tahun ini.

Didi berkongsi kegembiraan dilamar kekasih.





