PERUBAHAN pada wajah Zara Zya ketika menghadiri sebuah acara mengundang pelbagai spekulasi di media sosial apabila aktres itu dipercayai melakukan prosedur estetik.
Tampil menjelaskan dakwaan itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata perubahan pada wajahnya berpunca daripada teknik solekan yang tebal.
Malah, pelakon itu memberitahu dia turut mendapatkan khidmat jurusolek profesional bagi menghasilkan penampilan yang bersesuaian dengan acara berkenaan.

Zara jawab tuduhan lakukan prosedur estetik.






