SEMAKIN aktif di TikTok, pelakon Datuk Adi Putra menjelaskan langkah itu merupakan pendekatan baharu untuk berinteraksi dengan peminat, selain menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia digital masa kini.
Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 45, berkata, kandungan yang dimuat naik di TikTok secara tidak langsung mampu mengubati kerinduan peminat, memandangkan dia kini jarang muncul di televisyen.
“Bila saya jarang keluar drama dalam televisyen, peminat boleh lihat saya di TikTok.

Kandungan yang dimuat naik di TikTok berjaya menarik perhatian ramai.





