NAMA pelakon Izara Aishah terus menjadi sebutan netizen apabila ada pihak seakan-akan cuba mencari kesilapannya.
Terbaharu Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, menyangkal tindakan seorang netizen mendakwa dia pernah melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Kata Izara dia tidak pernah belajar di Aswara sebaliknya dia adalah bekas pelajar di Kolej Sunway.

Individu fitnah Izara masih mendiamkan diri.





