ANGGOTA kumpulan Floor 88, Eric Fuzi, memohon individu yang berhutang dengannya agar segera melunaskan bayaran kerana dia kini memerlukan wang.
Eric atau Muhammad Eric Muhamed Fuzi, 33, berkata baki simpanannya semakin berkurangan sedangkan dia perlu membayar pelbagai komitmen bulanan.
"Saya baru mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar pelbagai perkara. Sepatutnya bayaran daripada individu yang berjanji untuk melangsaikan hutang masuk minggu ini, jadi saya sudah mengagihkan bajet yang ada.

Perkongsian Eric di Threads miliknya.






