PENDIDIKAN agama sejak kecil memang digalakkan, namun ibu bapa diingatkan supaya tidak tersilap keutamaan sehingga memberi tekanan melampau kepada anak-anak.
Pendakwah bebas, Ustaz Izzhar Nazri menasihatkan agar ibu bapa memahami fasa perkembangan kanak-kanak serta mendahulukan perkara yang lebih utama dalam mendidik mereka.
Menurut Ustaz Izzhar, usaha melatih anak berpuasa sejak kecil wajar dipuji kerana ia membantu membentuk disiplin sebelum tiba usia wajib.






