MEMULAKAN kerjaya lakonan pada usia muda, pelakon Zara Zya mendedahkan berdepan pelbagai pengalaman pahit ketika membina nama dalam industri seni.
Dedah Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, dia pernah menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya ketika menghadiri sesi uji bakat.
"Awal-awal dulu bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa mama.

Zara anggap industri hiburan kejam.






