KOMPOSER dan penyanyi Ajai tidak berasa terbeban dengan kemelut melanda di antara anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah dengan bekas isterinya Nourul Wahab.
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, sebaliknya berkata, salah faham yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa cuma sebagai selebriti perkara itu menjadi tumpuan ramai.
“Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku sebagai satu perkara membebankan. Ia biasa terjadi, kalau saya bukan selebriti pun masalah ini tetap berlaku.







