PENYANYI Aisha Retno berkongsi khabar sedih apabila kini tidak lagi mampu menghasilkan whistle notes yang sebelum ini menjadi antara kekuatan dan identiti vokalnya.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui perubahan tersebut membuatkan dirinya agak emosional memandangkan teknik nyanyian itu sangat dekat dengan perjalanan seninya sejak awal kemunculan dalam industri.
Malah Aisha memberitahu dia sudah beberapa kali cuba melatih semula suaranya bagi mendapatkan kembali keupayaan menghasilkan nada tinggi tersebut, namun usaha itu masih belum membuahkan hasil seperti diharapkan.
Hantaran Aisha di Insta Storynya.




