PENYANYI Aisha Retno menepis spekulasi wujud unsur berat sebelah susulan pencalonan lagunya, Diari Air Mata ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menegaskan pemilihan setiap karya yang tersenarai ke peringkat akhir merupakan keputusan seluruh panel penilai dan bukan ditentukan oleh ketua juri iaitu Ajai semata-mata.
"Berkenaan isu ketua juri dan sebagainya, kita mempunyai barisan juri yang ramai. Jadi sudah tentu semua lagu yang disenaraikan dan dicalonkan adalah berdasarkan persetujuan semua juri yang terlibat.

Aisha menepis spekulasi wujud unsur berat sebelah terhadap pencalonannya.






