Hiburan

Aisha Retno dipilih sebagai Puteri Gunung Ledang

PENCARIAN watak Puteri Gunung Ledang akhirnya terjawab apabila penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai pelakon utama bagi pementasan muzikal legenda berkenaan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Puteri Gunung Ledang The Musical (@pglthemusical) dalam satu hantaran istimewa dimuat naik pada Sabtu.

Dalam hantaran berkenaan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, digambarkan sebagai figura yang bukan sahaja memiliki vokal memukau, tetapi turut mempunyai aura sesuai untuk menghidupkan watak ikonik tersebut.

Teka teki akhirnya terjawab apabila Aisha diumumkan sebagai Puteri Gunung Ledang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh