PENYANYI Aisha Retno menegaskan kemenangan peserta Talk To My Manager (TTMM), bukanlah disebabkan dirinya membawa tuah seperti didakwa segelintir pihak.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, sebaliknya menyifatkan kemenangan itu hasil usaha dan kerja keras peserta itu sendiri.
"Saya hanyalah pemangkin untuk membantu persembahan mereka menjadi lebih bersemangat. Tetapi kali ini memang rasa macam menusuk ke jiwa sedikit.

Aisha (kiri) kagum dengan bakat dimiliki anak Adira (kanan) iaitu Anggrek (tengah).






