PEMPENGARUH Aisar Khaled tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menimbulkan rasa kurang senang kepada seorang penumpang ketika dalam penerbangan.
Membalas komen di Threads, Aisar, 26, mengakui dia terlalu penat sehingga tidak sedar tingkah-lakunya memberi kesan kepada orang lain.
"Saya minta maaf atas perbuatan tidak beretika ketika dalam penerbangan ke Malaysia.







