PASANGAN pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.
Berita gembira itu didedahkan Aiman, 34, menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.
Aiman berkata, dia bersyukur dan tidak sabar menanti kedatangan tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Hasil pemeriksaan yang dibuat, Zahirah disahkan mengandung.






