SEMAKIN jarang muncul di televisyen, pelakon Aiman Hakim Ridza memaklumkan dirinya lebih berhati-hati dalam memilih naskhah lakonan.
Aiman, 36, berkata dia enggan menerima tawaran watak berulang kali kerana sudah muak dengan karya serupa.
"Sekarang ini saya tidak akan terima kalau karya itu tidak mencabar. Saya sudah bosan dengan drama romantik komedi kerana jiwa saya sudah tiada di situ," katanya kepada mStar.

Aiman dahagakan cabaran dalam lakonan.






