PENYANYI Syasya Rizal berkongsi rasa teruja apabila buat kali pertama terlibat secara langsung dalam penulisan lagu Inikan Hari Raya.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata lagu tersebut begitu istimewa kerana ditulis daripada hatinya sendiri.
Menurut Syasya, dia juga bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan komposer Amirul Azhar dan Amir Firdaus yang banyak memberikan tunjuk ajar.

Syasya menulis lagu Inikan Hari Raya khas buat peminat tersayang.





