PELAKON veteran Datuk Rosnani Jamil terkilan tidak dapat bertemu rakan baiknya iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab yang meninggal dunia pada petang Ahad buat kali terakhir.
Rosnani, 88, berkata, anaknya sering mengajaknya menziarahi Allahyarham namun hasrat itu sering tertunda.
“Anak saya selalu ajak ziarah arwah sebelum ini tapi saya kata nantilah… Sudahnya langsung tak berjumpa.
Rosnani tidak mampu menahan air mata kesedihan.