GITARIS Kumpulan Hujan iaitu AG Coco didiagnosis menghidap penyakit buah pinggang tahap ketiga.
Isteri AG iaitu Zuliana Eusoff memaklumkan suaminya itu kini sedang menjalani pembedahan ‘ureteric stent insertion’ iaitu memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing.
Pembedahan itu adalah bagi membenarkan air kencing mengalir daripada buah pinggang ke pundi kencing melalui ureter untuk menyahsekat batu karang yang menghalang aliran air kencing dalam buah pinggang.

Hantaran Zuliana di Insta Storynya.






