TIDAK menafikan kedua-dua anaknya mewarisi darah seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaimanapun mengakui dia kurang menggalakkan Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa mengikut jejak langkah sebagai penyanyi.
Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa lebih selesa jika minat seni anak-anak hanya dijadikan hobi dan bukannya kerjaya serius pada masa depan.
"Secara ikhlas saya tak berapa galakkan tapi tak boleh nafikan darah seni itu ada dalam diri mereka.

Siti tidak menghalang






