Hiburan

Afieq Shazwan positif Influenza A, terpaksa batalkan jadual persembahan

PENYANYI Afieq Shazwan memaklumkan dirinya disahkan terkena jangkitan Influenza A selepas mengalami simptom demam sejak Isnin lalu.

Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 28, berkata pada mulanya dia menyangka hanya mengalami demam biasa, namun hasil pemeriksaan mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut.

Kata Afieq, dia kini sedang menjalani kuarantin dan berehat di rumah kerana masih berada dalam keadaan lemah termasuk mengalami batuk teruk.

Afieq terpaksa membatalkan persembahan nyanyian sepanjang minggu ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh