PENYANYI Afgan kembali menghangatkan arena muzik pop dengan single baharu berjudul ‘Kacamata’ yang turut dimuatkan dalam album Retrospektif.
Menurut Afgan atau Afganshah Reza, 36, selepas tujuh tahun tidak melancarkan album berbahasa Indonesia sepenuhnya, Retrospektif menjadi simbol kepulangan dia kepada gaya muzik asal yang membawa namanya dikenali ramai.
“Bagi saya, Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik, single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya,” katanya.

Afgan turut bekerjasama dengan tiga komposer hebat untuk menghasilkan lagu Kacamata.






