PELAKON dan penerbit Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella.
Enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka, Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, sebaliknya memberitahu semua urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.
“Iya saya sudah bernikah. Tak perlulah beritahu tarikhnya. Yang penting semua telah selamat.

Afdlin selesa untuk tidak terlalu berkongsi kisah perkahwinan.






