MAHU memberikan persembahan terbaik, penyanyi Aepul Roza sanggup melakukan aksi menari sambil memijak kaca ketika membuat persembahan di minggu ketiga program The Hardest Singing Show (THSS) yang bersiaran langsung pada malam Ahad.
Aepul atau Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, memberitahu dia hanya sempat melakukan latihan beberapa kali sebelum mempamerkan aksi itu di atas pentas.
“Koreografer saya yang memberi idea untuk buat tarian pijak kaca, pada awalnya agak gementar sebab kita tahu kaca itu jika dipecahkan banyak kali ia semakin tajam. Sebab itu saya hanya buat latihan dua kali sahaja.
Aepul sentiasa mahukan yang terbaik.