PELAKON Aedy Ashraf tampil memberi penjelasan berhubung babak dalam filem terbaharunya, Klepet yang tidak berbaju dan tampil ber’boxer’ atau mengenakan seluar dalam peninju.
Menurut Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, babak tersebut adalah sebahagian daripada usaha produksi untuk menampilkan realiti sebenar kehidupan.
Aedy juga memohon maaf kepada penonton sekiranya berasa kurang senang dengan babak tersebut.

Aedy (kiri) memberi penjelasan mengenai babak tidak berbaju dalam Klepet.





