PELAKON Amyza Aznan memberitahu anaknya, Adrian Adam tidak banyak berkongsi kesulitan yang dilalui sepanjang menghidap kanser tulang.
Biarpun begitu, kata Amyza, 50, sebagai ibu dia dapat merasakan penderitaan Adrian setiap kali melihat anaknya itu mengadu sakit.
“Ian (Adrian) memang dari dulu jarang berkongsi. Kalau lihat di media sosial pun dia hanya kongsi perkara penting sahaja. Saya tidaklah bertanya secara terperinci kenapa dia enggan berkongsi.







