PENYANYI Adira Suhaimi tidak menghalang bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Datuk Red hadir memberikan sokongan kepada anak mereka, Anggrek yang sedang menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, berkata dia bersikap terbuka dalam hal melibatkan anak-anak termasuklah memberikan keizinan buat bekas suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Saya ada dimaklumkan mengenai kehadiran dia untuk beri sokongan kepada Anggrek. Saya bagi dan benarkan sahaja untuk dia sokong anak dia, tiada masalah,” katanya kepada mStar.

Adira profesional dalam urusan keluarga.





