PENYANYI Adira lebih selesa untuk tidak terlalu bercakap lanjut tentang kisah peribadinya yang kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.
Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, belum tiba masanya untuk dia mengulas perkara tersebut memandangkan kes mahkamah melibatkan dirinya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan, masih belum selesai.
“Berkaitan perkara itu, saya masih belum terbuka untuk bercakap memandangkan kes mahkamah belum selesai.

Adira merasakan belum sesuai untuk berkongsi tentang kisah hubungan baharu.






