PENYANYI Adira Suhaimi berkesempatan hadir ke pengebumian ibu kepada rakan selebriti, Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 60, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Sarawak pada pagi Selasa.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, berkata, dia kebetulan berada di Kuching ketika itu bagi memenuhi undangan persembahan.
"Hubungan saya dengan keluarga Hafiz memang rapat sejak dulu lagi. Saya tahu tentang pemergian arwah pun daripada ahli keluarganya.

Adira dan Hafiz sudah lama berkawan baik.






