KOMPOSER Indonesia, Ade Govinda tidak menyangka karya ciptaannya bukan sahaja mendapat permintaan artis Malaysia malah turut meraih sambutan luar biasa peminat.
Ade atau nama sebenarnya Ade Nurulianto, 41, berkata, dia tidak menjangka lagu Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri yang dihasilkan mendapat perhatian peminat di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Menurutnya, kerjasama itu merupakan kolaborasi istimewa yang memberi impak besar terhadap penerimaan lagu berkenaan.







