PELAKON dan pengacara Janna Nick memaklumkan dia tidak berasa sedih, sebaliknya gembira untuk meraikan rakan-rakan yang dikurniakan rezeki hamil walaupun dirinya masih berusaha untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC).
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, berkongsi perkara itu selepas dia tersedar dirinya tidak pernah dijemput oleh rakan-rakan ke majlis ‘baby shower’ atau pengumuman jantina bayi.
Jelas Janna, kemungkinan rakan-rakannya bertindak sedemikian kerana mahu menjaga perasaannya.

Hantaran Janna di Threads.






