PENYANYI Tasha Manshahar tampil membuat laporan polis selepas akuan Instagram miliknya digodam oleh individu tidak dikenali.
Meskipun berjaya mendapatkan semula akaun berkenaan, Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 33, berkata laporan berkenaan bertujuan untuk menafikan penglibatannya dalam satu urusan jual beli dipercayai untuk memperdaya orang awam.
“Laporan ini saya buat sebagai penafian rasmi bahawa segala urusan jual beli yang berlaku melalui link WhatsApp berkenaan adalah di luar pengetahuan dan kawalan saya.

Perkongsian Tasha di Instagram.






