PENYANYI Mila Jirin tampil memberikan pencerahan berhubung dakwaan syarikatnya, Bizmilla Wedding Centre tidak melunaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya.
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, tidak menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi syarikat berkenaan.
"Jujurnya, peniaga pun ada cabaran tersendiri, kita tak dapat nafikan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

Mila berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






