ANGGOTA kumpulan Dolla, Sabronzo mendedahkan sebab di sebalik pemilihan Bali, Indonesia sebagai lokasi perkahwinannya bersama suami, Ryan Fieret.
Menurut Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dia dan suaminya memang meminati destinasi percutian popular itu dan merasakan ia tempat paling sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.
“Apa yang boleh saya katakan, kami memang sukakan Bali. Kami suka ke sana. Kami ada melihat lokasi di sana juga sangat unik di tepi tebing laut.

Sabronzo kini bahagia bergelar isteri.





