PENYANYI Ziana Zain tampil menjawab desas-desus mengatakan dia bakal menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dari sebuah negeri tidak lama lagi.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, berkata dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu walaupun dakwaan tersebut sudah lama berlegar.
“Saya tidak tahu nak kata apa-apa sebab benda ini memang sudah lama berlegar-legar. Ada sahaja yang bertanya kepada saya, tapi hanya bergantung kepada rezeki.






