PERNAH berdepan gangguan sihir, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia mengamalkan bacaan ayat tertentu bagi melindungi dirinya daripada anasir jahat.
Berkongsi cerita membabitkan ilmu hitam, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia pernah menemui patung yang dicucuk jarum di halaman rumah selain kejadian aneh berlaku di bilik tidurnya.
“Orang nak bomoh saya tapi tak kena pada saya sebab saya dah ‘pakai’ awal-awal, tapi bukan cara haram, cara baik… bukan fasal ilmu tapi ada bacaan yang kena baca untuk melindungi diri.

Aliff selalu berdoa agar dilindungi daripada perkara khurafat.






