PENAMPILAN pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menarik perhatian ramai apabila dilihat mengenakan tudung berwarna putih sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye pada Sabtu.
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, perubahan penampilan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menjadi bualan netizen selepas dia dipercayai salah seorang mangsa yang diminta menanggalkan tudung oleh tentera Israel ketika berada dalam tahanan.
Difahamkan, sebelum ditahan oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) pada 2 Oktober lalu, Ardell mengenakan tudung berwarna merah jambu.

Ardell ketika tiba di Istanbul.







