SUSULAN kejadian pengsan di acara Grand Finale program Talk To My Manager (TTMM), penyanyi Aisha Retno mendapat nasihat untuk menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI).
Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, ia penting bagi mengenal pasti punca sebenar keadaan kesihatannya memandangkan situasi tersebut jarang berlaku kepadanya sebelum ini.
"Doktor ada syorkan buat MRI sebab saya pengsan sekali dengan kejang. Kadang-kadang boleh jadi ada kaitan dengan otak.

Aisha alami serangan panik di TTMM.






