PELAKON Nadia Brian mengakui soalan berkaitan jodoh sudah menjadi pertanyaan wajib yang sering diajukan kepada wanita bujang atau individu yang pernah bercerai.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata dia tidak menganggap soalan tersebut sebagai sesuatu yang sensitif, sebaliknya melihatnya sebagai tanda rasa ingin tahu dan keprihatinan orang sekeliling.
"Sebenarnya soalan bila nak kahwin itu memang setiap tahun akan ditanya. Ia seperti soalan ‘famous’ untuk wanita yang belum berkahwin atau yang mungkin berkahwin lagi.

Nadia sudah biasa dengan soalan mengenai jodoh.





